Tag Archives: Diet makrobiotiks kesihatan

Diet cara makrobiotiks

Diet cara makrobiotiks

Empat elemen makrobiotiks

1. Manusia dan alam semula jadi saling berkait rapat.

Makrobiotiks menekankan gabungan minda, jasad dan rohani pengamalnya bersatu secara harmoni dengan alam semula jadi. Pengamal konsep ini menikmati hidangan secara semula jadi dan penuh (tanpa proses kimia) seperti beras bijirin penuh, sayur, kekacang, biji-bijian, dan perasa semula jadi. Visi utama adalah hidup secara harmoni dan mengelakkan makanan berproses secara kimia.

Makanan organik bukan sekadar menikmati sayur organik. Ia merujuk kepada penanaman secara organik yang tidak menggunakan racun dan baja kimia, serta hormon penggalak atau tumbesaran tumbuhan. Penghasilan makanan organik juga tidak mencemarkan alam sekitar dan air.

“Saya percaya, alam sekitar yang sihat memberi kesan yang baik kepada kita semua,” kata Ka Lim.

2. Makanan asli adalah ubat kepada segala penyakit.

– Merujuk laporan pakar pemakanan, makanan organik ditanam, dituai dan diproses secara semula jadi, maka ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Ini dapat membantu kita menjauhkan diri daripada kebanyakan penyakit.

3. Makan makanan dalam bentuk penuh.

– Ia bermaksud makanan tidak berproses dan ini adalah asas untuk diet menyihatkan. Contohnya ketika menyediakan lobak putih, jangan kupas kulit. Hanya basuh dengan bersih dan masak bersama bahagian atas (batang dan daun) untuk menyerap tenaga keseluruhan sayur tersebut.

Beras putih tidak mempunyai lapisan luar yang mengandungi vitamin B kompleks dan fiber seperti beras perang. Kandungan nutrien yang terdapat pada beras perang (yang tidak digilap) lebih berkhasiat berbanding beras putih. Kajian menunjukkan proses menggilap bijian gandum menyebabkan lebih 77 peratus vitamin B1 hilang.

4. Keseimbangan yin yang dan lima elemen api, tanah, besi, air dan kayu.

– Makrobiotiks percaya kepada pilihan makanan yang tepat untuk seseorang berdasarkan yin yang serta lima elemen seperti di atas. Yin yang merujuk kepada tenaga persamaan dan bertentangan yang melengkapi kehidupan. Yang adalah tenaga aktif yang mewakili manakala yin pula bersifat terbuka.

Diet makrobiotiks, Diet makrobiotiks  kesihatan, Diet makrobiotiks  Video, Diet makrobiotiks  video, Diet makrobiotiks malaysia, Senaman Petua Melayu, Diet makrobiotiks  gambar, Diet makrobiotiks  bf1, Diet makrobiotiks foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,Diet, cara, makrobiotiks