Tag Archives: kandungan luar rahim pengarah kesihatan

kandungan di luar rahim

kandungan di luar rahim

[media id=72 width=500 height=400]

pembedahan laparoscopy kandungan di luar rahim
Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen.

Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim.

Faktor risiko

Berikut ialah hal-hal yang meningkatkan risiko seseorang wanita mendapat kehamilan luar rahim:

  • Pernah mendapat jangkitan kuman pada kawasan pelvis (penyakit radang pelvis)
  • Pernah mengandung luar rahim sebelum ini
  • Pernah mengalami keguguran kandungan
  • Penggunaan alat perancang kehamilan dalam rahim (intrauterine contraceptive device)
  • Pembedahan pelvis
  • Bertukar-tukar teman seks/seks bebas
  • Usia yang semakin tua

Mekanisme penyakit

Secara teorinya, sebarang faktor-faktor yang menghalang ataupun mengganggu perjalanan telur (ovum) yang baru disenyawakan menuju ke rahim adalah merupakan sebab-sebab berlakunya kandungan luar rahim.

Ini kerana telur yang dibebaskan daripada ovari, yang kemudiannya disenyawakan di dalam tiub fallopio, harus melalui tiub fallopio untuk menuju ke rahim. Dalam kehamilan normal, implantasi biasanya berlaku di bahagian dasar rahim (fundus), iaitu satu kawasan yang terletak di bahagian atas dinding rahim.

Disebabkan tiub Fallopio merupakan jalan utama pengangkutan telur ke arah rahim, sebarang kerosakan pada tiub ini, baik disebabkan oleh jangkitan, proses pembaikian oleh tubuh, atau kerana mengalami kerosakan disebabkan oleh pembedahan, boleh menyebabkan telur yang telah disenyawakan tersebut tersekat dan gagal untuk maju ke arah rahim.

Akibatnya, ia boleh terimplantasi di dalam tiub fallopio dan terjadilah kandungan tuba (tubal pregnancy), yang membentuk kira-kira 90% daripada semua kes-kes kandungan luar rahim. Kebanyakan wanita yang mengalami kandungan tuba akan mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan.

kandungan luar rahim,kandungan luar rahim kementerian kesihatan,kandungan luar rahim tip kesihatan,kandungan luar rahim pemakanan,kandungan luar rahim pengarah kesihatan,kandungan luar rahim malaysia,kandungan luar rahim promosi kesihatan,kandungan luar rahim ketua pengarah kesihatan,kandungan luar rahim kementerian kesihatan malaysia,kandungan luar rahim tips kesihatan,kandungan luar rahim lembaga promosi kesihatan,kandungan luar rahim pendidikan kesihatan keluarga,Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia,pencegahan, Dunia, foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi,gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, Gangguan Tidur, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman