Tag Archives: persediaan

Senaman dan persediaan

exercise

Senaman dan persediaan

Sebelum memulakan senaman:

sebelum kita memulakan senaman, seeloknya kita pastikan kita telah mengambil makanan dan minuman yang secukupnya, ini penting untuk kita mempunyai tenaga awal yang mencukupi. Memang ramai yang ingin bersenam untuk menurunkan berat badan dan justeru itu mereka tidak ingin mengambil makanan atau minuman yang secukupnya. Ini akan menyebabkan perkara-perkara atau kemalangan yang tidak diingini akan berlaku hanya kerana kita pitam atau sebagainya.

Biasakan diri melakukukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti senaman yang penuh. ini penting untuk membolehkan otot-otot badan kita bekerja dalam keadaan yang sihat. Aktiviti pemanasan badan ini perlulah melibatkan pergerakan otot-otot seluruh badan. Contoh alat terbaik untuk aktiviti pemanasan ini adalah Cross Trainer. Lakukan aktiviti pemanasan badan dari 5-10 minit.

Semasa bersenam:

Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan kita melakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat berat yang lebih hanya kerana inginkan keputusan yang cepat, kita akan lebih mudah mengalamai kecederaan dalaman dengan cara ini.

Selepas bersenam:

Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu.

Itu adalah kerana ototnya yang telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman. dalam entri seterusnya kita akan bercerita pasal aktiviti regangan yang sesuai.

Senaman dan persediaan, Senaman dan persediaan kesihatan, Senaman dan persediaan Video, Senaman dan persediaan video, Senaman dan persediaan malaysia, Senaman Petua Melayu, Senaman dan persediaan gambar, Senaman dan persediaan bf1, Senaman dan persediaan foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, Senaman, dan, persediaan