Tag Archives: potasium

Ketahui Kebutuhan Nutrisi Tubuh Setiap Hari

3172965369-ketahui-kebutuhan-nutrisi-tubuh-setiap-hari

Ketahui Kebutuhan Nutrisi Tubuh Setiap Hari

Seringkali kita mengutamakan rasa makanan yang lezat dan mengenyangkan dibandingkan jumlah nutrisi dalam makanan. Hal itu membuat makanan yang dikonsumsi tidak memenuhi kebutuhan nutrisi tubuh.

Bila tubuh kekurangan vitamin, mineral, kalsium dan serat tentunya bisa memicu penyakit berbahaya. Untuk itu benar-benar perhatikan menu makanan Anda dengan mengonsumi makanan yang memenuhi kebutuhan nutrisi tubuh. Berikut jumlah nutrisi yang dibutuhkan tubuh setiap harinya.

Kalsium

Rekomendasi : 1.000 milligram per hari

Fungsi : kesehatan tulang

Sumber : produk susu, ikan dengan tulang dan sayur-sayuran hijau

Serat

Rekomendasi : 25 gram per hari

Fungsi : memperlancar sistem pencernaan, mengurangi risiko terkena diabetes dan penyakit jantung

Sumber : sayur, buah, kacang-kacangan,gandum

Magnesium

Rekomendasi : 310 – 320 milligram per hari

Fungsi : menjaga fungsi otot dan saraf agar selalu dalam keadaan normal, serta meningkatkan dan menjaga kesehatan tulang

Sumber : ikan, kacang-kacangan,gandum

Potasium

Rekomendasi : 4.700 milligram per hari

Fungsi : menjaga tekanan darah agar tetap stabil, mengurangi efek buruk dari garam yang dikonsumsi, mengurangi risiko penyakit ginjal dan keropos tulang

Sumber : kentang, tomat, yogurt, kedelai, pisang

Vitamin A

Rekomendasi : 2.310 IU (international units) per hari

Fungsi : meningkatkan fungsi penglihatan, produksi sel darah merah, perkembangan embrio dan meningkatkan fungsi kekebalan

Sumber: sayuran hijau, wortel, pepaya dan daging

Vitamin C

Rekomendasi : 75 milligram per hari

Fungsi : meningkatkan zat antioksidan pada tubuh dan meningkatkan kekebalan

Sumber : jeruk, buah delima, tomat, kiwi dan jambu biji

Vitamin E

Rekomendasi : 15 milligram per hari

Fungsi : kesehatan mata dan kulit

Sumber : gandum, daging, ikan dan kacang-kacangan

Nutrisi Tubuh, Nutrisi Tubuh  kesihatan, Nutrisi Tubuh  Video, Nutrisi Tubuh  video, Nutrisi Tubuh malaysia, Senaman Petua Melayu, Nutrisi Tubuh  gambar, Nutrisi Tubuh  bf1, Nutrisi Tubuh foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,

Makanan Sehat Untuk Jantung

4058036313-makanan-sehat-untuk-jantung

Makanan Sehat Untuk Jantung

Berolahraga secara teratur adalah salah satu cara menjaga jantung agar tetap sehat. Selalu mengonsumsi makanan sehat juga merupakan cara efektif untuk menjaga jantung Anda tetap sehat. Berikut beberapa jenis makanan yang paling baik untuk kesehatan jantung Anda.

Bubur gandum

Mulailah hari Anda dengan sarapan yang sehat yaitu bubur gandum. Kandungan omega 3, folat dan potasium pada gandum sangat tinggi, baik bagi otak Anda. Kadar seratnya yang tinggi juga bisa menurunkan LDL atu kolesterol jahat dalam darah dan menjaga aliran darah dalam arteri berjalan lancar.

– Salmon

Ikan lezat kesukaan Oprah Winfrey ini, memang sangat efektif menurunkan darah tinggi dan menjaga kesehatan jantung. Mengonsumsinya dua kali dalam seminggu dapat mengurangi risiko serangan jantung.

“Salmon mengandung karotenoid astaxanthin, yang mengandung antioksidan tinggi,” kata ahli jantung dan penulis buku “Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks”,   Stephen T. Sinatra, MD, seperti vivanews kutip dari health.com, Senin 5 Oktober 2009.

– Alpukat

Buah yang mengandung lemak nabati ini, juga sangat baik untuk jantung Anda. Menambahkannya pada salad atau mengonsumsinya dengan menambahkan sedikit kopi dan gula, bisa menjadi cara alternatif mengolah alpukat. Kandungan asam lemak tak jenuh pada alpukat juga bisa menurunkan LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam darah.

– Kedelai

Kacang kedelai juga bisa menurunkan kolesterol jahat dan mengandung protein nabati yang bagus untuk kesehatan jantung. Banyaklah mengonsumsi tempe, tahu dan  edamame. Minum susu kedelai secara teratur juga sangat baik bagi kesehatan jantung Anda.

Makanan Sehat Jantung, Makanan Sehat Jantung  kesihatan, Makanan Sehat Jantung  Video, Makanan Sehat Jantung  video, Makanan Sehat Jantung malaysia, Senaman Petua Melayu, Makanan Sehat Jantung  gambar, Makanan Sehat Jantung  bf1, Makanan Sehat Jantung foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,

Kebaikan makan pisang

Kebaikan makan pisang

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.

pisang, kesihatan, kosmo, makan, makan pisang, iklan@kosmo, yang, online, kebaikan, dalam, kebaikan makan, Asia, berat badan, Dunia, foto, gambar, gangguan tidur, Gangguan Tidur bf1, Gangguan Tidur foto, Gangguan Tidur gambar, Gangguan Tidur kesihatan, Gangguan Tidur malaysia, Gangguan Tidur Video, gejala, gim, kanser, keguguran, Kesihatan bf1, Kesihatan cerita, Kesihatan foto, Kesihatan gambar, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan kl, Kesihatan kosong, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan pilihan, Kesihatan video, Kesihatan web, kolesterol, lemak, medik, Nutrisi, obesiti, operasi, organik, pembedahan, pencegahan, penjagaan kulit, pisang, pencuci, mulut, potasium, pisang