Tag Archives: Doktor

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Perubahan Cara Hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat

Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal.

Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus.

Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

– Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
– Jangkitan kuman atau kencing kotor
– Kerosakan buah pinggang
– Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.


Cara, Mengawal, Kencing, Manis, Diabetes, mengelakkan, kencing manis, mengawal, tahap, gula, darah, Pesakit, kencing manis, langkah, berjaga-jaga, mengelakkan, mengawal, kencing, manis,  Pemakanan, Pemakanan berkarbohidrat, pengambilan, kadar, kalori, sesehari, terkawal, doktor, pemakanan, diet, terkawal, Asia, berat badan, bf1, diet, Dunia, foto, gambar, gambar pembedahan, gambar senaman, gejala, gim, indon, indonesia, jasmani, kanser, keguguran, Kesihatan bf1, Kesihatan cerita, Kesihatan foto, Kesihatan gambar, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan kl, Kesihatan kosong, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan pilihan, Kesihatan video, Kesihatan web, foto kesihatan

Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat

Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat

Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.

Makan Makanan Sihat
Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.

Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.

Nasihat Doktor
Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.

Amalan, Kesihatan, Untuk, Mengelakkan, Bayi, Cacat, Berhenti, Merokok, ramai, wanita, merokok, Sekiranya, berhasrat, bayi, sihat, sempurna, amalan, ini, Merokok, ketika, hamil, mengakibatkan, bayi, kandung, lahir, berat, badan, Makan, Makanan, Sihat, menu, makanan, mengandungi, lima, jenis, makanan, utama, paling, tubuh, Setiap, hari, anda, makanan, gandum, sayuran, susu, produk, mengandungi, susu, daging, protein, Alkohol, kafein, Kafein, minuman, teh, kopi, soda, coklat, Nasihat, Doktor, mengambit, ubat, ubatan, doktor, nasihat, doktor, dos, membahayakan, bayi, kandungan, Ambil, Asid, Folik

Perokok Lelaki Kurang Sperma

Perokok Lelaki Kurang Sperma

LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu.

Faktor lain

Pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor – 44 peratus – mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.

Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

“Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

“Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga,” katanya

kesihatan, laman, lelaki, laman kesihatan, sperma, kurang, perokok, perokok lelaki, lelaki kurang, kurang sperma, memiliki, lelaki yang, yang mempunyai, rendah, sperma rendah, masalah kesuburan, sebelum, sebagai, menurun, masa, setiap, tiga, akan, lain, separuh, walaupun, faktor, alkohol, penggunaan, hampir, ialah, punca, utama, punca utama, penjagaan, menjejaskan, menyedari, kesuburan lelaki, keluarga, lebih, dua, setengah, juta, lelaki, Britain, risiko, tinggi, kurang, subur, meneruskan, tabiat, merokok, pengambilan, minuman, keras, Doktor, berkata, lelaki, memulakan, gaya, hidup, peluang, memiliki, anak